PRK Bagan Pinang sudah selesai. Keputusannya sudah jelas tahniah diatas kebijaksanaa para pengundi Bagan Pinang. Masing masing pihak sepatutnya menerima keputusan itu dengan baik. Apa lagi kita orang MELAYU berugama ISLAM dan yang BERIMAN. Tidak perlu yang kecewa mencari salah pihak lain untuk menjadi sasaran menuding jari.
Yang menang pun begitu. Jangan pula menjadi ghairah dan apa lagi angkuh. Bersyukur dan teruskan kerja kerja benar dan baik pada kaca mata semua. Semuga kemenangan itu menjadi bertambah tambah lagi nikmatnya. Kerana fokus sebenarnya adalah matlamat yang lebih besar dan lebih penting. PRU 13 yang tidak jauh dari sekarang kalau masa bekerja untuk pencapaian terbaik mahu diambil kira.
Hamba menerima SMS dari seorang sahabat yang hamba memang kenal dan tahu telah menyerahkan saki baki hidupnya untuk keselamatan negara dan umatnya. Kerana hamba cukup cukup tersentuh dengan harapan yang digambarkan dalam SMS itu maka hamba salinkan di sini keseluruhan SMSnya sebagai satu perkongsian dengan sahabat sahabat:
Mohon expand (postkan dalam blog dgn kata2 tuan sendiri):
Melayu terpecah 2 antara UMNO dan PAS maka umat Islam semakin lemah dalam politik lebih lebih lagi di negeri marginal di Pantai Barat. Itu pun belum masuk kira orang2 Melayu atas pagar yang ramai juga tak keluar mengundi pun kecuali bila meluat/protes.
Cina/India semakin bersatu menolak BN semata mata kerana tak mahu UMNO berjaya sbagai tunjang BN/Kerajaan. Parti2 komponen BN pun lebih kurang saja - hanya mahu mintak tak mahu melayan pengundi2 Melayu yang memenangkan mereka.
Akibatnya? Pembangkang yang dikuasai DAP yang anti Melayu (masih tak nampak lagi ke?) sudah berkuasa di 5 negeri sdgkan PAS terus menjadi alat. Nak haramkan arak pun tak berdaya, itu belum kira mengkritik Elezabeth Wong atau Teresa Kok.
Apakah para pengundi Melayu (tak kira UMNO atau PAS atau atas pagar) akan redha dgn ini berulang lagi? Jangan tersilap anggap negeri2 Melaka, Negeri Sembilan dan Johor itu selamat, semuanya marginal belaka dan jika Cina & India di situ boikot habis BN.
Apakah Cina/India di negeri2 itu TIDAK akan bersikap anti Melayu? Jika begitu akhirnya apakah Malaysia akan jadi macam Fiji dimana minoriti INDIA yg berkuasa ? Dan mejoriti (pribumi) merana? Apa guna demokrasi jika yang minoriti berkuasa ? Jawapan di tangan pengundi2. Kita tengoklah nanti dalam PRU ke 13. Ketenteraman awam di negara kita akan banyak bergantung kpd samada Melayu akan celek atau buta tuli lagi.
Hasrat yang hendak disampaikan oleh pengirim SMS itu sudah cukup jelas; tidak perlulah hamba mengolah atau mengulas. Hamba cuma mahu manarik perhatian kepada beberapa perkara yang hamba sendiri pun memang terasa terlalu terkilan.
Pertamanya dimusim semua orang lain sedang ghairah untuk menuntut bahagian yang lebih daripada bahagian sediaada yang sebenarnya sudah lebih itu kita orang Melayu masih tidak sedar rupanya. Apakah kita mahu sehingga kita menjadi macam keadaannya di Fiji baru mahu sedar?
Tidak serik lagikah kita dengan pengalaman apabila sebahagian kita sukakan ura ura kedatangan Jepun pada tahun 1941 dahulu untuk menanggong derita berpanjangan. Tidak serik lagikah kita dengan apa yang terjadi dengan perbezaan penguasaan kerusi parlimen yang sedikit dalam tahun 1969 yang lalu?
Kedua ialah perihal Orang di negeri negeri mejoriti ketara bagi orang Melayu. Mereka manjadi selesa kerana ke kiri ke kanan pun dirasakan mereka merasakan masih memilih Melayu. Satu perbezaan (bersangkut pula dengan ajaran Islam) yang tidak disedari kerana memang dituba supaya mereka menjadi tidak sedar ialah perbezaan antara berkingsi kuasa dengan pihak kafir zimmi yang bersedia untuk duduk dibawah kepimpinan orang Islam disatu pihak dengan orang Islam yang tidak sedar telah terperangkap dalam helah kafir harbi yang telah dengan jelas menyatakan pendirian tidak menerima kepimpinan Islam.
Catatan ini bukan satu percubaan untuk mensemarakkan semangat perkauman dikalangan orang orang Melayu, tetapi sayugia disedari bahawa dalam komposisi kaum serta sejarah negara ini negara ini akan tatap aman untuk terus mengembangkan kemakmorannya dibawah kepimpinan MELAYU.
..
Salam, bila Melayu sudah mengecapi nikmat kemakmuran yang di rancang kerajaan Melayu, mereka mula dibuai nafsu tamak, irihati, setrusnya ingin melihat Melayu itu tersungku menyembah bumi, itulah saki baki warisan si kitol yang mula mengembangkan sayap mereka untuk melihat kuasa Melayu berkubur....
BalasPadamApabila chovenisma (semangat perkauman kecinaan) mula semarak selepas kemasukan Singapura kedalam gagasan Malaysia 1963 dahulu. Pemimpin pemimpin Melaya termasuk Tun M, TS Ghazali Shafie, Khir Johari, Taib Andak, Senu Abdul Rahman dan Jaafar Albar (sekadar menyebut beberapa nama) telah memulakan Gerakan Ketuanan Melayu.
BalasPadamTun Abdul Razak sendiri mengetahui gerakan itu. Abdul Aziz Samsuddin menjadi setiausahanya dengan sumber pendapatan sebagai seorang guru dari SK Jalan Cockrane.
Selepas Tun Abdul Razak Melawat China 1971/2 (?)
Abdullah bin Hj Ahmad Badawi telah diperintah untuk memulakan latihan pembinaan patriotisma dikalangan anak anak muda untuk sekali gus meynediakan mereka menjadi pemimpin pemimpin yang menghayati nilai nilai murni bagi masa depan Malaysia.
Dengan hasrat itu Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi telah menubuhkan Unit Penyelidikan Belia di KKBS (1974). Setia usahanya yang pertama ialah Abdul Aziz bin Samsuddin. Fokus utamanya ialah mencari calun sesuai dari kalangan mahasiswa untuk ditubikan dengan latihan kepimpinan dan menyemai semangat serta nelai nelai murni.
Unit ini kemudian mengikut pemimpinnya Abdullah Hj Ahmad Badawi berpindah ke JPM menjadi Unit Khas dan akhirnya menjadi Biro Tata Negara (1983) dengan Dato Zulkifli Abdul sebagai ketua pengarah pertamanya.
Imbangan nafsu untuk menyemak rasa tamak, irihati, rakus dsb seperti dilihat Yang Gambi malahan banyak hal lagi itu memang sudah dirancang untuk dibelai sejak awal awal pun oleh para pemimpin dahulu.
Malangnya apabila Anuar menjadi Menteri Pendidikan 1985 beliau telah mengambil alih semua biro latihan termasuklah BTN. Maka fokus halatujunya mengalami penyesuaian dan malangnya lebih tertumpu kepada pengkaguman terhadap Anuar (Anuarisma).
Maka tidak hairanlah apabila Anuar menghadapi/membina masaalah dengan pelindungnya sendiri Tun M ramai pegawai kanan atau bekas pegawai biro itu juga ikut menghadapi masaalah jelujuran politik.
Mujurlah ketika Tun M memerintahkan DS Abdullah Hj Ahmad Badawi memulihkan BTN itu (1998) beberapa orang bekas pegawai kanannya yang asal seperti TS Dr Nordin Kardi dan Dato Shagol Hamid dapat kesan dan bersetuju untuk kembali memberi khidmat kepada BTN.
Ramai juga bekas bekas Tenaga Penggerak sukarelanya walau sudah lanjut usia telah kembali untuk sama sama memberi khidmat. Demi untuk masa depan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Jelaslah bahawa pengkhianat yang hari ini sudah ketara itu sebenarnya sudah memulakan kerja kerja perusaknya sejak dahulu lagi. Proses kerakan Zionis itu cukup licik.
Mujurlah ramai antara kita pandai melihat semenjak awal awal. Semuga mereka yang pandai melihat awal awal ini tidak akan meninggalkan pemimpin pemimpin terkotang kateng tanpa lapuran dan makluman. Inshaallah.
T/Kasih Che Leh. Saya amat tertarik dgn perenggan akhir ini:
BalasPadam"Semuga mereka yang pandai melihat awal awal ini tidak akan meninggalkan pemimpin pemimpin terkotang kateng tanpa lapuran dan makluman".
Saya setuju sangat ni. Keputusan yg terbaik hanya dapat di buat (oleh pemimpin yg bijak) jika ada maklumat yg tepat, dan menyeluruh. Menurut pendekatan sains sekalipun, segala faktor persekitaran haruslah di ambil kira dan di pastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan dapat di buat. Begitu pun, masih ada perkara2 yg tidak dapat di pastikan. Maka timbullah istilah "ceteris paribus"...
Persoalannya, apakah ada ruang, saluran atau mekanisma utk laporan2/makluman2 ini dapat di sampaikan kepada pemimpin2, tanpa terpaksa melalui kerenah birokrasi yg pelbagai, atau ditapis/diolah terlebih dahulu bagi kepentingan pihak2 tertentu???
Yang saya lihat sekarang, kekangan sebegini memang banyak. Berlapis2 peringkat perlu di lalui sebelum sesuatu maklumat itu boleh sampai ke pemimpin. Akhirnya, maklumat itu akan menjadi salah satu yg berikut:
a) Tak sampai lansung (ni yg banyak nya jadi)
b) Sampai, tapi tak tepat kerana dah di tapis/olah
c) Sampai, tapi tak tepat kerana proses "evaporasi (pemelowapan?) semulajadi" (betapa mudahnya maklumat tercicir/terpesong melalui proses ini)
d) Sampai, tapi dah terlambat atau dah basi.
Kemudian, keadaan di burukkan pula dengan situasi sekarang dimana lambakan maklumat yg tidak tepat (atau memang 100% tidak betul) juga melampau2 banyaknya. Yang peliknya, maklumat yg sebegini mudah pula sampai ke pemimpin? (cuma harapnya dalam kes ini, teori ekonomi akan segera terpakai - terlalu banyak penawaran di pasaran akan menurunkan nilai sesuatu komoditi... hehehe).
Jadi... memang betullah sekarang ini era maklumat. Maklumat itulah yang menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan. Lalu bagaimanakah caranya kita dapat membantu agar pemimpin sentiasa mendapat maklumat yang tepat?
hah! ini baru betul.. ade ke aku follow blog sajak ko tuw... hahaha! :P
BalasPadamMek mengusik hati hamba kerana hamba bersetuju penoh dengan keluhan kebimbangan mek itu. Ramai orang ada pengalaman begitu. Dalam masyarakat perniagaan yang selalunya lebih langsung (direct) dan tirus salurannya pun kejadian begitu berlaku.
BalasPadamNamun dalam gerakan membina negara kini hamba secara peribadi mendapati ada banyak kumpulan sudah muncul dalam bentuk kumpulan yang punya laluan langsung dengan (end point).
Barangkali kita boleh atau siapa sahaja boleh gunakan saluran begitu. Secara individu barangkali memanglah sukar kerana kalau cara begitu diizinkan bilangannya terlalu besar dan tentulah tidak akan terlayan.
Apa yang hendak disampaikan pun kenalah merupakan hasil dari kajian atau setidaknya penelitian. Apabila dalam kumpulan apalagi kalau kumpulan itu besar tentulah banyak kerja menjadi lebih mudah. Termasuklah kerja kajian sekali pun. Boleh bincang.
Bukannya senang nak cari kumpulan orang orang yang ikhlas yang nak buat kerja dengan ikhlas.
MC Hamba sebenarnya memecahkan perbincangan kepada 3 fokus yang berbeza. Tak nak dia jadi kalut. Namun semua adalah serupa kerana semuanya adalah wadah sebenar diri hamba.