Hamba pernah terjerumus dalam kajian agak mendalam mengenai Wayang Kulit di Malaysia dalam tahun 1980an dahulu. Hamba ketemu hampir semua Tok Dalang yang masih ada dan dapat dicari pada masa itu. Dalam ilmu kesenian Melayu rupanya ada segolongan orang yang tidak pernah kelihatan muncul atau terlibat dengan persembahan. Mereka itu dikenali sebagai penanggong pesaka penjaga pustaka ilmu.
Apabila para ahli persembahan berhadapan dengan suasana getir dan tersepit dengan keperluan pengetahuan yang bijak mereka itu akan muncul atau dipanggil untuk memainkan peranan dengan faham dan tahu mereka. Golongan itu pun telah hamba cari selagi ada.
Hamba juga mengumpulkan semua tulisan dan buku mengenai tajuk itu serta tajuk tajuk berkaitan untuk ikut menjadi bahan rujukan. Antara banyak buku yang hamba baca, yang menjadi rujukan penting ialah buku Amin Sweeney yang diberi tajuk Wayang Kulit Di Malaysia. Buku itu sebenarnya adalah hasil kutipan dan pengumpulan maklumat mentah yang amat berjaya dihimpunkan.
Hamba juga biasa bergaul dengan para penyelidik dan penganalisa sosial, kemasyarakatan dan keselamatan. Memanglah mereka juga memperakui bahawa sesuatu analisa yang berjaya itu teramat bergantung kepada kejayaan kutipan, pengumpulan dan pemprosesan maklumat. Barulah rumus rumus dapat dihimpun untuk menerbitkan analisa yang baik.
Pengajaran ini kadang kadang tidak diguna pakai oleh ramai penganalisa politik. Ramai penganalisa mudah mencari rumus yang dikutip dari jajaan pakar pakar canang yang selalu berkeliling dengan batil, buyong atau belanganya (seperti awang batil, awang buyung atau awang belanga). Memanglah cerita cerita mereka sedap didengar kerana cerita cerita itu disampaikan secara berlagu dan ada iringan musik pula dari batil atau buyung atau belanga mereka. Apalagi kalau para penglipur lara itu sudah berpuluh tahun kerjanya memang menjadi penglipor lara.
Semuga mereka yang memikul tanggong jawab mampu membersikhan diri mereka dari Tok Dalang yang menapikan para penyimpan ilmu serta para penglipur lara berbagai rupa begitu. Takut nanti payah dan makin payah kerja Laksamana lantaran saujana padang sudah terlalu banyak dicemari oleh Wak Long yang lebih lebih mendahului Pak Dogol.
Maafkan hamba berbicara begini. Tetapi ini bicara Melayu. Dan hamba terlalu bimbang apabila melihatkan keadaan dalam war cara politik kini. Wallahhuaalam
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Seminggu yang lalu