Sabtu, 5 September 2009

Pinyu Sedang Menangis.

Maafkan hamba kerana sekian lama mendiamkan diri dalam hal Politik Terengganu. Sebenarnya hamba cuba mengendurkan keadaan dengan cara2 yang tidak langsung sambil menyejukkan keadaan. Tetapi nampaknya keadaan menjadi makin parah dan susah. Dengan itu hamba pun terdorong untuk menulis secara langsung di laman ini. Barangkali kawan kawan boleh ikut membantu.

Perkara kecoh yang kini nampak seperti tidak terkawal dilihat oleh banyak pihak yang cintakan negara sebagai cukup cukup menakutkan. Maka ramailah yang cuba mencelah untuk menyumbang. Tahniah dan terima kasih di atas keikhlasan suci itu. Sahabat yang cuba menyumbang itu semuanya nampak dan faham secara sendiri. Barangkali boleh dihimpun untuk
dapat diambil kefahaman menyeluruh dan menarik.

Sudah sampai keperingkat separah ini rasanya perlulah hamba juga ikut membuat gambaran dari pemerhatian serta keterlibatan hamba sendiri. Hamba telah mula menjadi pemerhati serius politik Terengganu sejak awal 1997 ketika suasananya terlalu mengancam dan memperlihatkan kemungkinan menyumbang kepada kehilangan kuasa memerintah negara dari tangan orang Melayu. Maka tidak adillah rasanya kalau hamba tidak menyumbang cerita dan membiarkan sahabat sahabat dengan cerita yang sekadar sekerat jalan.

Bunga bunga kearah kecoh ini boleh dikatakan bermula semenjak permulaan DS Idris dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan dahulu lagi. Memanglah pada masa itu DS Idris dilihat bukan seorang yang kanan dalam struktur politik di Terengganu. Tetapi pemilihan Pak Lah pada masa itu tentulah berdasar kepada pertimbangan2 yang lain. Pengiktirafan itu barangkali wajar dihormati kerana memang jelas terbukti kerja2 yang ditangani dibawah pimpinan DS Idris untuk merampas kembali Terengganu dari tangan PAS memang berhasil dengan cemerlangnya.

Kecemerlangan tetap dicapai walau pun DS Idris tidak mendapat kerjasama sepenohnya daripada kira kira separuh daripada 8 bahagian di Terengganu. Hamba masih ingat dalam satu perbincangan DS Idris menghitung satu satu ketua bahagian yang jelas tidak memberikan komitmen dengan pimpinannya. "....... ... Nak dengar lagi .... cukuplah tu. Dah 4 dah. Dah separuh dah. Itu belum lagi termasuk orang orang kuat dan berpengaruh di bahagian2 lain"

Keadaan itu menjadi begitu kerana sebenarnya ramai pemimpin2 yang kanan kanan serta juga yang merasakan mereka dah cukup kanan merasa tercabar dan sukar untuk rasa tenang duduk di bawah pemimpin yang dianggap muncul dengan cara tiba tiba dalam pimpinan Terengganu. Apa lagi kalau ada yang merasakan seperti hak mereka telah dirampas.

Demikian gambaran masaalah dihadapi ketika itu; namun dengan segala rendah hati, gigih, tekun dan bijaksananya misi merampas balik Terengganu telah terlaksana juga. Dengan cemerlang lagi. Maka DS Idris dengan idealisma2nya yang tersendiri telah dilantik menjadi MB. Tak perlu dihurai lagi kerana semua orang yang ikhlas sudah faham dan tahu produk produk pimpinan politik yang cemerlang hebat dan berkesan. Malahannya ada banyak bukti menunjukkan pemimpin negara dulu dan kini pun faham dan tahu. Ada beberapa akalan hebat dari DS Idris memang sudah dikesan untuk dikembang dan dilaksanakan diperingkat negara pun.

DS Idris itu pula adalah jenis orang yang tidak suka masuk bakul, angkat sendiri. Hamba sendiri beberapa kali dihalang oleh beliau daripada menceritakan kepada orang lain. "I have done my job. People know. They see. Let performance speak by itself. We don't have to convince people." Maka dalam keadaan sekarang pun hamba tidak dapat mengelak daripada tidak mempercayai bahawa cerita cerita yang terkeluar sekarang ini adalah dengan izin beliau. Wallahuaalam.

Selepas PRU 12 timbul gerakan daripada beberapa pihak yang tidak mendapat tempat untuk memusnahkan karier DS Idris. Paling malang apabila gerakan itu menggunakan pihak Istana. Satu gerakan yang teramat tidak wajar. Istana sepatutnya diletakkan diperingkat paling tinggi dan tidak patut kita libatkan dalam kemelut kita. Namun oleh kerana ada pula faktor2 yang boleh diolahguna untuk tujuan politiking politik, tekanan itu telah berlaku seperti kehendak para perancang.

Tambah malang lagi apabila ada pula pihak yang bijak telah mengaturkan himpunan didepan kediaman MB pada masa itu. Perhimpunan itu berlaku dengan sepanduk2 sudah disediakan dengan ada juga kain rentang yang secara strategiknya tersandar ditepi pagar tempat berhimpun itu. Dalam ghairah anak2 muda bersorak itu adalah yang telah mencapai ambil kain rentang yang tersandar di pagar itu tadi. Kain rentang itu dibuka 2 atau 3 minit sebelum ada yang menghalang. Tetapi rupanya sudah ada yang menunggu dengan kamera dan gambar telah pun sempat di ambil dan digunakan. (Siapakah yang mula2 menggunakan gambar itu ? Dah lupa ke ?)

Selepas itu DS Idris pun lemah semangat dan hilang menyepi. Proses perlantikan MB yang baharu pun berjalan dengan jayanya. DS Idris diam menyepi sehinggalah beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Mara dimana beberapa akalan hebatnya telah secara spontan diterima pakai oleh Mara dengan pengiktirafan dari pemimpin pemimpin negara. Alangkah bagusnya kalau beliau tidak diganggu lagi di situ. Banyak kebaikan untuk rakyat dan negara dapat berterusan dilaksana.

Malang lagi apabila pengurusan negeri rupanya bergelumang dengan macam macam masaalah kerana para pemimpin sudah menjadi berpuak2. Bertambah tambah malangnya bila nama DS Idris dikait2kan dan kadang2 dengan bahasa dan istilah yang keras, kasar dan membakar hati.

Dalam keadaan yang sudah kemelut begitu bagi hamba penyelesaian segera adalah sukar. Tetapi kalau semua pihak ada keikhlasan penyelesaiannya boleh dicapai secara berperingkat. Maka hamba pun ingin menyarankan penyelesaian jangka panjang secara berperingkat seperti:

Satu. =
Persetujuan tiga pihak untuk satu skima pimpinan bagi Terengganu. Ini bermakna MB kena bersetuju dengan skima. Pihak kumpulan 10 (meminjam nama yang selalu diguna oleh ramai) juga hendaklah menerima skima. Bekas MB hendaklah duduk bersama untuk mengesahkan persetujuan itu. Ini adalah kerana hamba juga berkongsi kepercayaan tentang adanya tahap kepatuhan tertentu kawan kawan tersenarai kapada bekas MB itu.

Dua. =
DS Idris hendaklah mendapat ruang diperingkat Kabinet untuk melaksana dan merealisasi berbagai idealisma yang teriktiraf dalam fikirannya.

Tiga. =
MB sekarang hendaklah disediakan ruang diperingkat pusat selepas beliau berundur dari kepimpinan eksekutif negeri.

Empat:
Kedua tokoh tentu tahu penyumbang penyumbang kepada kekalutan yang ada sekarang dan hendaklah memainkan peranan dengan menggunakan pengaruh masing masing untuk mengelak dan keluar dari keadaan keroh mengeroh yang bertambah2. Pada peringkat peringkat awal ini hendaklah ada cetusan2 untuk menghimpun khalayak pemimpin supaya selalu berlaku interaksi sesama mereka.

Lima:
Cetusan cetusan kemesraan peringkat awal ini terutamanya hendaklah dilaksanakan oleh pihak2 bebas untuk mengelak dari pengurusannya melalui strategi politiking.

Hamba melontarkan cadangan selaku orang yang duduk diluar. Maka hamba memang mengelak daripada menggarapkan perincian tepat. Malahan perincian itu bukan mudah kelihatan dari luar. Oleh yang demikian saranan ini hendaklah dilihat sebagai memberikan contoh kerangka sahaja. Pihak pihak bertanggong jawab dan terlibat tentulah lebih tahu.

Ingatlah kegagalan tak disangka2 1999. Bagaimana kecohnya dalam percaturan pencalunan dimana pihak2 pemegang kipas2 berhikmat lincah dengan peranan mereka dan MB ketika itu menjadi begitu terikut. Akhirnya Pinyu di Bulatan Ladang menjadi mangsa dan Kampong Tergadai. Jangan sampai pinyu di Gunung Tebu Meraung Menangis.

2 ulasan:

  1. Salam pakcik,

    Orang luar mungkin tidak tahu perkembangan terperinci politik Terengganu. Hanya orang Terengganu yang tinggal di Terengganu yang faham. Itu pun ada banyak versi. Versi Idris Jusoh, Versi Ahmad Said, Versi Istana, Versi Pak Lah, Versi Patrick Lim dan Versi Khairy Jamaluddin.

    Kami yang duduk jauh hanya mendoakan agar kemelut ini selesai. Kerusi Parlimen Terengganu sangat penting untuk mengekalkan kerajaan yang ada dalam PRU ke 13

    BalasPadam
  2. Setuju 100%. Dan hamba ini sebenarnya berterusan menanggong parah sendirian di dada rasa memikul amanah moyang yang berpesan untuk berkorban apa sahaja dalam menjaga bumi ini. Ada seorang berdua sahabat yang masih muda2 seperti tuan2 adalah harapan yang besar. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.