Hasrat untuk menyambung cerita ini sekian hari masih tertangguh tangguh.
Hamba mohon kemaafan kerana meninggalkan kawan2 tergantung sekian hari itu.
Dengan pelan besar yang diceritakan dalam catitan terdahulu Anuar telah bergerak dan awal 1982 beliau telah diistiharkan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk melayakkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Khabarnya tugas dan tanggung jawab yang diserahkan kepada beliau ialah untuk menyelaras gerakan dan pimpinan Islam.
Khabarnya juga beliau tidak puas hati dengan jawatan Timbalan Menteri itu. Maka berkebetulan dengan keujudan satu jawatan Menteri yang tiba tiba menjadi kosong beliau pun terus dilantik menjadi Menteri Kebinet. Kebetulan pula beliau menjadi menteri hamba. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pada masa itu saya bertanggong jawab sebagai Ketua Unit Teater. Dan dalam unit teater pada masa itu ada dua projek yang memakam peruntukan yang besar iaitu: (1) Pesta Teater (2) Projek Pemurnian Jiwa Melalui Teater. Projek yang ke (2) ini adalah ciptaan hamba sendiri yang dirancang untuk proses membina jiwa murni mengikut nilai nilai Islam.
Kerajaan pada ketika itu mempunyai peruntukan yang amat terhad sementara hal ehwal kesenian dan kebudayaan pula tidak dianggap sebagai bidang terpilih. Maka peruntukan kewangan untuk kegiatan lewat datangnya dan terhad pula jumlahnya. Berkebetulan dengan perlantikan Anuar itu peruntukan kewangan dari perbendaharaan pun baru diluluskan.
Pengagihan peruntukan kepada unit dan projek telah dibuat dalam mesyuarat dengan menteri sendiri iaitu Anuar. Bila sampai ke Unit Teater kata Anuar; " teater teater ni tak payahlah; jaga sikit nama saya sebagai seorang pemimpin yang berimagekan Islam. Kalau nak juga satu bolehlah." dan Anuar telah memilih pesta teater untuk diberikan pembiayaan. Bukan Projek Pemurnian Jiwa Melalui Teater.
Selepas mesyuarat itu hamba telah spontan memberitahu Ketua Pengarah Kebudayaan (yang kebetulan juga adalah sahabat Anuar yang sama sama berjuang menghidupkan Yayasan Anda) bahawa yang tergambar disitu adalah perkara yang besar. Betapa tidaknya: mulut mengucapkan nak jaga nama sebagai pemimpin yang berimagekan Islam sedangkan tindakannya memilih pesta mengatasi pemurnian jiwa.
Ini jelas satu pembohongan nyata (munafik ?). Maka hamba mengharamkan diri hamba berkhidmat di bawahnya. Kalau hamba terus berkhidmat hamba akan terperangkap dalam salah satu daripada dua keadaan sahaja:
(1) Bersubhat dan
(2) Kerja tak ikhlas. (Gajinya ?).
Oleh kerana hamba tidak mahu bersubhat dengan penipuan dari watak yang palsu dan tidak juga rela untuk menerima gaji yang tidak ikhlas dari kerja yang tidak ikhlas maka hamba telah berhenti dari jawatan berpencen dengan gaji yang lumayan itu berkuat kuasa pada 1.4.1983.