Jumaat, 25 September 2009

PERMAINAN BOLA TAMPAR - suatu kias untuk bicara politik.

Dorongan untuk menulis catatan ini berlaku setelah membaca tiga catatan dari laman Semasa Terkini yang berjodol "Dah lah Menyerang Isa..." "Terima kasih kepada anda" dan "Tun Mahathir pun lebih besar dosanya dengan UMNO"  

Seperti biasa hamba selalu suka memainkan peranan mengendurkan ketegangan apabila bertemu catatan melibatkan pertembungan anggota pasukan dengan anggota sepasukan. Bagi salah satu catatan diatas itu hamba telah sempat mencatatkan perasaan hamba.

Kemudian dalam kekalutan kesibukan rangkaian selepas cuti hari raya ini; bertambah lagi dengan kurangnya kemahiran hamba sendiri beberapa cubaan untuk melayangkan catatan gagal terlaksana. Maka rasanya adalah lebih baik hamba membuat catatan dilaman sendiri.

Hamba menggunakan pengalaman dalam permainan bola tempar sebagai kiasan dalam permainan politik sepasukan. Dalam permainan bola tampar hamba selalu menyulur (dive) untuk menyelamatkan bola dari smesh (spike) pihak lawan. Apabila bola berjaya diselamat dan diangkat kawan sepasukan akan menyambung untuk melambungkan bola itu di depan jaring. Kawan yang lain pula akan memukul kuat (spike / smesh) kegelanggang lawan.

Melambung bola hendaklah dibuat dengan hati hati kerana kalau bola yang dilambung terlepas (walau sedikit pun) ke kawasan gelanggang lawan ia menjadi amcaman kepada pasukan kita sendiri. Apa yang boleh berlaku ialah pihak lawan yang tangkas boleh mengambil kesempatan dengan cara memukul awal, atau menguis sedikit sahaja sehingga kawan kita yang hendak spike menjadi tersasar. Apalagi kalau bola yang dilambung itu masuk terus ke gelanggang lawan. Kedudukan bola yang dilambung dari gelanggang sebelah adalah suapan terbaik untuk spike / smesh yang tajam dan kencang untuk terus mematikan bola.

Itulah sebabnya kalau seseorang pemain selalu sangat melambung bola sehingga masuk ke kawasan gelangganu lawan madah dituduh sebagai kelong atau bersubhat dengan pasukan lawan. Kelong atau bersubhat dengan lawan itu namanya khianat kepada pasukan sendiri dan sudah layak dipanggil derhaka.

Kalaulah pasukan sendiri itu adalah pasukan membina dan menjaga kestabilan serta keselamatan negara maka hukumnya adalah khianat kepada negara. Kalau seterusnya negara itu adalah sebuah negara Islam dan diperintah oleh orang Islam maka hukumnya mengikut undang undang jinayat Islam (Hudud / Bughah) adalah pancung.
 Hamba bukan nak bercakap mengenai hukum hudud di sini tetapi  
demikianlah ukuran / sukatan besar kecilnya dosa yang kadang kala kita tidak sedar.

Dari sinilah hamba terfikir betapa perlunya kita semua berkongsi pengalaman, pengetahuan, perasaan, pendapat, pendangan dan fikiran semuga kita semua dapat mencari kesempatan serta harapan memungkinkan kita semua kelak dapat berpimpin tangan melintasi jembatan yang nipis itu sepantas kilat.



Catatan ini hamba bentangkan kepada semua umat Islam tidak kira dimana berada, ada atau tiada fahaman politik kepartian, pengikut mana mana parti politik atau siapa sahaja tanpa mengira pangkat, kedudukan, ternama, tanpa nama, kaya, miskin, pak menteri atau mantan mantan, marhain malah siapa sahaja.

Sesiapa yang merasakan catatan ini benar dan berguna berhak mengutip membawa dan menyebarkan kepada sasaran sendiri. 

Semuga yang baik itu menjadi jariah kita bersama.

2 ulasan:

  1. salam pakcik,

    Satu kiasan yang menarik, tepat dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

    BalasPadam
  2. TK dan Syabasy kpd Sdr Amir yang nampak maksud hamba. Semuga dapat kita lontarkan kiasan begini supaya sampai kepada yang layak pada masa masa yang sesuai.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.