Dalam perjalanan balik kampong hamba telah menggunakan jalan melalui Gua Musang. Melalui jalan itu hamba pun singgah membeli lemang di Cucuh Puteri, Cucuh Puteri terletak dalam kawasan DUN Manik Urai.
Semasa sedang memilih batang lemang yang hendak dibeli tiba tiba dari sisi hamba seorang Ustaz dengan baju kumbang dan berserban memberi salam dan menghulurkan kedua tangannya kepada hamba. Dalam keadaan yang menggelabah hamba menjawab salam dan menyambut tangan persaudaraan yang dihulur.
Ustaz itu rupanya pernah hamba jumpa dalam satu majlis ceramah semasa PRK Dun Manik Urai dahulu. Persaudaraan dan persefahaman umat sudah berlaku. Ini barangkali untungnya majlis ceramah kecil kecillan di rumah rumah pengundi sendiri. Tidak sia sialah kehadhiran hamba kekawasan PRK berkenaan.
Pertemuan itu telah memperingatkan hamba kepada apa yang telah berlaku dalam majlis ceramah tersebut di atas. Penceramah yang sedang menghurai isu pada masa itu ialah seorang Ustaz Lulusan Al Azhar. Beliau bertanya kepada hadhirin mengenai kes Anuar yang menghadapi tuduhan Meliwat. Soalannya: kita sebagai orang Islam yang berpegang kepada hukum hukum Islam; siapa yang berani mengatakan benar Anuar telah melakukan liwat terhadap ........ Ada tiga orang lelaki tangkas mengangkat tangan dan mengaku "saya berani"
Penceramah cuba menahan tetapi tiga orang lelaki itu tadi seperti berebut menyambung, "sebabnya Anuar tidak berani bersumpah." Inilah isu yang hamba nak bentangkan tetapi sebelum itu biarlah hamba sudahkan huraian yang dibentang oleh Ustaz yang berceramah itu.
Penceramah sebenarnya membentangkan kaedah penghayatan hukum mengikut cara hukum Islam. Maksudnya dalam isu begini kalau kita nak katakan sah Anuar meliwat atau zina kita kena ada 2 saksi lelaki yang cukup syarat pula yang mengaku melihat sampai sah (sensor)nya masuk dalam (sensor)nya. (inilah permasaalahan hukum hudud yang kena dicari jalan penyelesaian terbaik bukan cara hentam keromo seperti PAS dok laung laungkan - Dulu lah. Sekarang dah ditundukkan oleh DAP)'
Ertinya kita orang awam tidak boleh secara jelas dan terang menyatakan pertuduhan tetapi untuk pengetahuan sendiri itu adalah masaalah lain. Masaalah para kadhi (hakim) mereka terpaksa memutuskan hukuman mengikut pendapat mereka berdasarkan maklumat maklumat yang dapat terkumpul kerana perkara itu adalah tanggung jawab mereka yang menanggung jawatan. Begitulah juga halnya dengan mereka yang terlibat dengan proses pendakwaan.
Sebaliknya pula untuk kita orang awam menapikan secara terbuka bermakna kita juga ikut dalam cubaan membela tertuduh sedangkan kita sebenarnya tidak tahu secara sah dan pasti. Kalau demikian kita sudah meletakkan diri kita sebagai membelanya sekaligus meletakkan diri kita sebagai bersubhat kalau dosa itu benar berlaku. Maka hukum bersubhat itu sama besar dosanya dengan yang melakukan. Mashaallah. Sanggupkah kita mempertaruhkan sedangkan kita sebenarnya tidah sah dan nyata.
Kembali kepada cerita tiga orang pendengar yang tangkas memperakui seperti tersebut di atas tadi. Hamba ingin mengajak pembaca dan sahabat sahabat merenong betapa tiga orang sahabat kita itu dahulunya adalah pengikut dan pengkagum Anuar. Mengikut mereka; mereka terpaksa menyatakan keyakinan mereka terhadap kepalsuan Anuar kerana dulunya mereka selalu berkempen untuk mengagungkan Anuar.
Sekarang mereka sudah jelas bahawa Anuar itu pembohong besar dan terpaksalah mereka berkempen balik untuk menebus dosa mereka kerana menyokong Anuar satu masa dahulu. Mereka tidak mahu terus bersubhat kerana itu pun satu dosa lagi yang tidak kurang besarnya. Maksudnya mengancam kestabilan politik sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam.
Yang menarik di sini ialah tak kan lah Anuar tidak tahu betapa mudahnya dia kehilangan pengikut dan penyokong yang dekat (tentu dia dah tahu) malah yang jauh pun seperti tiga orang lelaki itu tadi. Punca utama Anuar kehilangan pengikut dan penyokong itu ialah kerana beliau masih dengan liciknya berhelah mengelak daripada melaksanakan sumpah sharie itu.
Sebaliknya pihak yang menuduh pula yang tampil untuk bersumpah.
Lebih memalukan lagi para pemimpin Pas pula cuba berhelah dengan terjemahan hadis dan ayat ayat Allah untuk menyalah2kan sumpah syarie itu. Mashaallah. Sedangkan untuk Anuar disediakan laluan mudah untuk tidak perlu bersumpah. Tak jadi bersubhatkah bila keadaannya dijadikan begitu itu.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Seminggu yang lalu