Ahad, 6 September 2009

Terengganu Darul Iman.

Entah mengapa sehari dua ini fikiran hamba tak boleh lepas daripada kegusaran politik yang mengancam di Terengganu. Baranglaki juga gangguan fikiran bertalu begini terpaksa hamba tanggong kerana pengetahuan sedia ada. Barangkali juga kerana hamba digerunkan oleh pengalaman yang pernah dilalui.

Namun hamba juga tidak dapat mengelak daripada menyedari tentang kedudukan diri hamba sendiri. Siapalah hamba untuk mengada ada ikut menanggong bimbang rasa ini. Hamba tiada sebarang kedudukan, tiada sebarang peranan, tiada sebarang kepentingan. Hamba cuma seorang pemerhati dari luar yang tidak berdaya.

Terbaik yang dapat hamba buat ialah berpesan. Berpesan kepada semua mereka yang terlibat. Memikul tanggong jawab. Menanggong amanah. Menggalas harapan. Menyimpan janji. Yang telah diminta sendiri. Yang telah rebut sendiri. Yang telah (dibeli) sendiri. (maafkan istilah ini = hamba tak jumpa cari perkataan)

Maka pesan hamba ialah:
Pelanggan/Pengundi Terengganu dah biasa menunjukkan trend mengundi. Mereka boleh swing apabila mereka sudah merasa bosan. Maka jagalah hati mereka baik baik. Kurangkanlah tumpuan atau tubian terhadap strategi (politiking) kepentingan sendiri. Apalah ertinya menang kalau kampong menjadi tergadai. Janganlah sekali2 terlintas dihati perasaan seperti pernah kita dengar 97 / 98 / 99 dahulu seperti: "Pada wi kediea baik wi ke pah" atau "pada bulih ke doea baik sama 'saja" Takut nanti seksok payoh nok jawap.

Segalanya sudah terkandung dalam tulisan hamba sebelum ini bertajuk; "Kaedah Manusia Melayan Manusia" bacalah semula dan kembang2kanlah dengan kefahaman sendiri. Cuma jangan sampai fahaman itu bercangah dengan fahaman guru guru usul dah lah.