Selasa, 8 September 2009

Terengganu Darul Iman.

Zaman era Tun Mahathir menjadi sasaran untuk dijatuhkan oleh Anuar inilah hamba tiba tiba didatangi oleh seorang sahabat lama, mengajak hamba untuk bergerak memerhati perkembangan politik. Beliau adalah bekas seorang Pegawai Kanan Polis yang sudah lama berhenti untuk menjadi pengamal undang2. Maklumat yang beliau tahu pun kiranya boleh tahan jugalah.

Kami pun mula bergerak sekitar Mac 1997. Kerana kebetulan kedua kami berasal dari Terengganu DI; kami pun menjadikan 8 bahagian di Terengganu DI sebagai kawasan tumpuan kami. Walau pun kami tinggal di Lembah Kelang dan kepentingan perniagaan kami pun adalah di KL kami tetap meluangkan masa untuk meninjau kesemua 8 bahagian di seluruh Terengganu DI setiap minggu.

Setiap minggu kami tetap tidak gagal sampai ke Terengganu semenjak itu sehingga 1999. Cuma perniagaan kami sahaja yang gagal. Sahabat saya itu akhirnya kembali untuk cuba memulihkan perniagaannya yang sudah menjadi kecil. Sampai kehari ini pun beliau masih belum berjaya untuk memulihkan perniagaannya.

Mujurlah hamba awal awal lagi sudah membuat keputusan untuk menamatkan semua perniagaan hamba dan bersedia untuk hidup dengan sekadar apa sahaja yang ada.

Oleh yang demikian hamba terpaksa memohon keampunan daripada semua yang terlibat dalam kepimpinan negeri Terengganu kalau hamba kelihatan seperti mudah berkecil hati apabila yang terlibat itu pada perhatian hamba tidak memadai perhatiannya terhadap penjagaan keharmonian hubungan politik sesama sendiri.

Harap mereka faham walau pun hamba tidak pernah membangkit mengungkit; apa lagi menuding nuding (memang tak layak pun hamba untuk itu semua = cuma harapan seorang yang petriotik demi alif ba ta). Walau pun terlalu banyak cerita latar belakang termasuk yang di bawah tikar hamba tahu dan faham.

Perkara yang lepas itu dah lepaslah sudah. Yang penting ialah kini ke hadapan.

Tolonglah.