Dari hamba cukuplah sekadar menceritakan bahawa Anuar sebelum itu pernah ditahan dibawah ISA kerana memimpin satu perarakan yang akhirnya menjadi rusuhan kerana cerita yang dikelirikan.
Kesahnya: ada satu keluarga di Baling yang mabuk ubi gadung iaitu sejenis ubi hutan yang sedap dimakan. Tetapi ubi ini beracun dan ada cara tersendiri memperosesnya. Ia kena direndam dalam air yang mengalir untuk membuang unsur beracun dalamnya.
Nak menjadikan cerita keluarga tersebut oleh kerana terlalu yakin dan dah biasa memproses ubi gadung telah tersalah perhitongan dan termakan ubi gadong yang bisa racunnya belum sempurn dinyah keluarkan. Khabarnya beberapa orang tak sempat diselamatkan dan meninggal dunia.
Itu ceritanya tetapi cerita yang dilaungkan oleh Anuar di sudut pidato di UM dah jadi lain. Kononnya keluarga itu terlalu miskin dan tiada makanan sehingga terpaksa memakan ubi hutan. Mabuk dan meninggal bla... bla ..... ..... bla ........bla ....bla ... serupa sekaranglah dengan geng depa tu.
Maka berlakulah satu perarakan yang berakhir dengan tidak baik. Anuar ditangkap dan ditahan di bawah ISA.
Keluar dari tahanan ISA tu beliau mula memimpin ABIM sementara bersama kawan2nya menjalankan sebuah sekolah swasta dikenali sebagai Yayasan Anda.
Sampai di situ kita kembalilah ke kesah 1981 yang berlaku di USM Pulau Pinang. Selaku Presiden ABIM Anuar menjadi seorang ahli penal bagi satu forum dalam "Seminar in checking for appropriate element of cultures in modern life," (lk) anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 29 Okt. - 2hb.Nov 1981. Hamba sendiri adalah salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar tersebut.
Kami diletakkan di asrama yang sama dan pada 1hb. Nov. sebelah malam hamba dijemput oleh seorang sahabat untuk kebilik Anuar. Anuar ketika itu tinggal bersama seorang orang kuat ABIM yang kemudian menjadi seorang ADUN di Selangor. Hamba pun datang dengan seorang pegawai yang tinggal sebilik dengan hamba. Jadi berlima semuanya yang hamba ingat. Selepas perbincangan ringkas Anuar memaklumkan bahawa:
"yang kita mahukan cuma 3 perkara iaitu:
1. Pangkat dan Kedudukan
2. Kuasa dan
3. Wang yang banyak, yang tak boleh habis."
Hamba terngaga diam dan Anuar menyambung terus "Untuk mencapai ketiga tiga sekaligus adalah mustahil tetapi salah satu boleh dicapai dahulu" hamba terus ternganga dan diam.
"Bagi saya pangkat dan kedudukan boleh dengan mudah dicapai dahulu" Anuar menyambung.
"Boleh ke ? " hamba menyampuk.
"Mudah" Anuar terus menyambong, " caranya juga ada 3" sambil mengangkat 3 batang jarinya dan beliau terus membilang:
"Cara yang Pertama ialah evolusi, kita dah buat dah ni. Tengoklah kita bergerak dalam Abim. Dah berapa lama dah sejauh mana yang kita capai. Dengan you all juga bergerak cara you; banyak mana yang dapat dicapai'
Cara yang kedua ialah revolusi. cara ini merbahaya, mungkin tak dapat dicapai langsung. Kalau kita kena tangkap, kena penjara, terbunuh dan sebagainya.
Tetapi ada cara yang ketiga yang tidak pernah dibicarakan orang dimana mana pun. Saya pun dah merujuk dengan kawan2 disekeliling dan diluar negara pun. Inilah cara yang terbaik. Caranya ialah menyusup masuk dalam saluran kuasa sedia ada.
Tetapi kita mesti sampai ke puncak. Dengan apa cara pun" Ketika itu barangkali beliau sedar raut muka hamba sudah berubah, lalu beliau menyambung; "bukan bermaksud the end justifies the means............" dan bla ... bla ..... bla ...... dan hamba pun fahamlah sudah.
Langsung hamba bertanya lagi; "Boleh ke ?"
Pantas beliau menjawab; "Mengapa tidak. Tapi kita semua kena satu rap masuk. Masing2 punya cara dengan masing2 punya saluran dan masing2 punya tempat; you ditempat you; you di..........."giliran jarinya menunjuk kearah hamba beliau menyebut daerah hamba - terkejut hamba dari mana beliau tahu; kami tak berkawan pun.
Sampai di situ hamba pun memohon diri dengan berkata "sorrylah saya tak campur you all carry onlah" dan terus beredar. Selang beberapa minit pegawai yang mengiringi hamba buru2 datang dan cuba memujuk. "Hal besar ni...." katanya. Kesian kat pegawai yang masih muda itu tak semena mena kena sergah kat hamba dengan istilah yang besar. Terkebil2 dan tak terjawab dia.
Itulah Anuar pada peringkat awal. Pelan besar ini akan disahkan dengan cerita cerita lain yang akan menyusul.
(Maaflah sahabat blogger hamba dah ambil ruang yang terlalu panjang. Cerita ini baru masuk fasa pertama. Izinkan hamba menyambung kemudian. Boleh ke. Takut boreing baca panjang panjang.)