Zaman era mempercepatkan Anuar menjadi PM adalah zaman yang sungguh sungguh menakjubkan. Semua agen nampak seperti berlumba2 menerbit dan mengedarkan berbagai cerita untuk memburuk burukkan Tun Mahathir dan semua pemimpin yang belum bersetuju untuk bersekongkol dengan Anuar.
Cerita2 mengenai nepotisma, kronisma, moral, rasuah dan malah akidah pun mudah dicipta dan disebar. Banyak cerita yang tak munasabah pun bila diedarkan ketika itu masih dipercayai orang ramai. Padahal salahlaku pengurusan dan moral itu sebenarnya dilakukan oleh Anuar sendiri. Demikian rupanya sikap orang ramai apabila didorong emosi dalam momentum rancak dan berterusan.
Sikap dan emosi yang semarak membakar menyelubungi semua orang tidak kira lapisan golongan mana. Tak kira mereka ahli akademik, ahli proffesional, pegawai kerajaan, ahli perniagaan atau orang biasa semuanya sama mudah percaya dan payah nak dialih pandangan mereka.
Dalam kecoh yang begitu paran hamba melalui beberapa pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Satu peristiwa yang patut diceritakan di sini ialah pengalaman hamba sedang minum minum bersama beberapa orang kanan dalam gerakan Anuar. Hamba rakamkan dailog menarik di bawah ini:
Hamba: Eh, macam ni tak boleh jadi ni.
Kawan: Pasal apa ?
Hamba: Yang rusak ialah kita; bangsa kita:
Yang punah ialah kita; negara kita:
Yang musnah ialah masa depan anak cucu kita.
Kawan: Tak apa lah... ...
Asal dapat kat kita ..... ...
Tergambar dalam dailog di atas satu sikap umum kumpulan itu yang hamba tidak boleh terima. Malahan tidak sanggup hamba menjadi penonton pesif memerhati sahaja akibat dari sikap yang begitu itu terjadi. Tak rela hamba.
Gambaran itulah sebenarnya yang telah mendorong hamba sehingga meninggalkan perniagaan dan segala kerja untuk kepentingan diri dan keluarga hamba sendiri. Seluruh masa dan tenaga dan keupayaan diri hamba telah hamba serahkan kepada perjuangan untuk menyedarkan umat menjadi kerja tabligh sepenoh masa.
Semuga keputusan itu benar.
Wallah huaallam.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Seminggu yang lalu