Jadi hamba pun menjalankan perniagaan sendiri dengan menggunakan pengetahuan khusus dan kemahiran istimewaan hamba dalam pengurusan seni tampak. Tetapi secara kebetulannya tahun 1993 hamba telah dibawa oleh beberapa orang sahabat lama untuk menjadi rapat dengan sekumpulan ahli perniagaan yang rapat betul dengan Anuar.
Mereka rupanya ada istilah kumpulan 20 yang sentiasa bertemu dan berbincang strategi politik bersama Anuar. Pada masa itu kumpulan 20 itu sudah menjadi berpuluh puluh dan sekaligus ramai yang menjadi neuklius kepada sel sel yang berlapis lapis. Memang hebat infrastrukturnya.
Kumpulan besar ini memang secara "covert" merancang gerakan gerakan untuk merialisasikan pelan asal Anuar untuk sampai ke PUNCAK. Tetapi ketika itu rupanya pelan besar itu sudah penyesuaian lagi.
Anuar hendaklah sampai ke puncak dengan seberapa segera yang mungkin. Rupanya mereka merancang untuk Anuar menjadi PM paling lama dalam rekod dunia. Maka tempoh perkhidmatan Tun Mahathir kenalah dipendekkan untuk memberi ruang seberapa segera kepada Anuar.
Atas tujuan itu jugalah Tun Ghaffar telah dengan liciknya ditumbangkan. Masih ingat hamba betapa ketika Anuar beberapa kali membuat pengistiharan dimedia bahawa dia tidak akan melawan Tun Ghaffar general generalnya tetap dengan senyum sinis rancak bergerak di bawah. Sumber kewangan tidak menjadi masaalah kerana projek projek telah ditaburkan.
Hamba masih ingat betapa ketika skim kontrektor wibawa dilaksanakan. Ada sahabat dari lingkongan dalam disebut di atas merungut; "tak sampai 30% benar2 orang Anuar" namun akhirnya tak sampai 20% sahaja yang mampu bertahan dengan tidak terikat bersama koncu Anuar.
Biasalah orang yang berkehendakkan projek (runding terus lagi) mestilah cari jalan. Mujurlah hamba sendiri tidak ada keterbukaan dengan ruang itu. Kalau tidak mungkin hamba pun terpalit sama.
Selain itu pemberian borang merah jambu kepada Syarikat2 Bumiputera untuk mendapat hak dapat membeli saham terbitan baru juga diletakkan dibawah Anuar selaku Menteri Kewangan ketika itu. (sebelumnya ia adalah terletak di bawah Menteri Perdagangan dan Perindustrian)
Beberapa orang kawan mendakwa dibisikkan ayat yang sama; "untuk digunakan diwaktu perlu;" waktu menerima borang merah jambu itu dari tangan Anuar sendiri. Mereka yang menerima habuan2 itu pun tentulah mahu berjasa. Maka berleluasalah berlaku politik wang. Tun Ghaffar terperangkap dan tumbang dengan mudah.
Kesah selepas ini lebih menarik dan menakjubkan. Akan disambung kemudian.