Selasa, 15 September 2009

ISLAM JADI ALAT MELUMPOH ISLAM

Tiba tiba teringat kepada pesanan Gurbacheove kepada orang orangnya waktu beliau menjadi Naib President USSR dahulu. Katanya: kalau nak lawan orang Islam tidak ada alat yang paling berkesan daripada menggunakan Al Quraan.

Apakah pesanan itu mati begitu sahaja. Apakah tiada pihak2 lain termasuk mereka yang mencetuskan kelahiran Gurbacheove itu sendiri yang menggunakan Al Quraan sebagai alat untuk melemahkan dan malah menghancurkan orang orang Islam?

Cuba kita tinjau tengok kepada keadaan masyarakat kita sekarang. Apakah gejala Al Quraan (maksudnya ajaran Islam sendiri) kini bebas daripada menjadi faktur yang membawa perpecahan sesama kita.? Apakah ada antara kita secara sedar atau tudak sedang enak menggunakan ayat ayat Quraan dan hadis hadia dengan cara terjemahan terpisah2 ditujukan untuk kepentingan kelompok kelompok sendiri ? Marilah kita semua sama sama menghening murnikan keikhlasan kita terhadap perkara ini.  Kalau benar ia ada marilah kita semua sama sama menyemak peranan diri masing masing.

HENTIKAN AMALAN MENYALAH GUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN KELUMPOK KELUMPOK SENDIRI. 
Bukankah perkara ini termasuk diantara perkara perkara yang paling ditakuti oleh Rasullullah saw. di akhir zaman ini. ? 
ASSALAMUALAIKUM.