Rabu, 9 September 2009

Zaman Keruntuhan Umat

Zaman selepas Tun Ghaffar ditumbangkan meluncur kehari ini dan hari hari kehadapan adalah zaman paling malang bagi bumi bertuah ini. Tak tahulah hamba sama ada bumi ini masih bertuah atau pun tidak.

Takut rasanya nak hamba sangkakan bahawa rahamat Tuhan untuk bumi ini diatas hidayah restuNya hasil dari ikhlasnya ratib doa gigih para aulia nenek moyang kita sudah hampir diangkat tarik kembali. Namun hamba tidak dapat mengelak dari terus sedar dan percaya kepada kemungkinannya. Kerana tayangan tayangan wayang kehidupan yang sedang kita saksikan rancak berlaku dalam masyarakat kini jelas seperti kita sebenarnya sedang menempah kemusnahan. Atau pun setidaknya kita kini sedang rela menjadi pemerhati pasif era keruntuhan itu.

Terbukti semuanya apabila perlakuan ramai pimpinan kita sudah menjadi terlalu jauh tersasar dari landasan. Malahannya kita sudah mula enak bersekongkol dengan musuh2 kita yang jelas. Lebih hebat lagi apabila ada antara kita yang bergelar tok guru, ulamak, ugamawan, ustaz dah sampai samggup dengan terang dan nyata menyalah gunakan ayat ayat Tuhan serta hadis hadis untuk memancing sedikit kepentingan sendiri. Teringat hamba akan satu hadis dari Rasullallah yang menyatakan bahawa pada akhir zaman nanti ada satu golongan yang paling beliau takuti. Bila ditanya siapakah golongan itu; jawab Rasullallah ialah ulamak yang jahat. Mashaallah. ......

Maafkan hamba. Laman ini dibuka tadi dengan tujuan untuk menyambung tulisan hamba yang tergantung. Tak semena mena ia jadi begini. Hamba tak mahu menapikan keperluannya. Jadi hamba bentangkan juga.
Wallahuaallam.